Brexit Mungkin Akan Tercatat Di Dalam Sejarah Sebagai "Kegagalan Negara": Corbyn

Brexit Mungkin Akan Tercatat Di Dalam Sejarah Sebagai

Pemimpin Buruh Britain, Jeremy Corbyn memberi amaran bahawa Brexit akan tercatat di dalam sejarah sebagai "kegagalan negara" jikalau Perdana Menteri Theresa May gagal mempertahankan pekerjaan dan juga taraf kehidupan di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Buruh Britain, Jeremy Corbyn memberi amaran bahawa Brexit akan tercatat di dalam sejarah sebagai "kegagalan negara" jikalau Perdana Menteri Theresa May gagal mempertahankan pekerjaan dan juga taraf kehidupan di negara itu.

Corbyn membuat komen itu pada hari Rabu, beberapa jam selepas May secara rasmi memulakan proses mengeluarkan Britain daripada Kesatuan Eropah (EU).

"Warga Britain telah membuat keputusan untuk meninggalkan EU dan (parti) Buruh menghormati keputusan tersebut. Britain akan mengalami perubahan sebagai natijah kepada perkara itu. Persoalannya ialah bagaimana (perubahan itu akan berlaku)?" kata Corbyn lagi.

Beliau memberi amaran bahawa proses Brexit tidak sepatutnya meletakkan peluang pekerjaan dan taraf hidup warga UK di dalam risiko yang serius.

Tindakan mengeluarkan Britain daripada EU yang lebih dikenali sebagai Brexit diumumkan oleh Theresa May pada hari Rabu di Parlimen UK setelah negara itu menganggotai kesatuan itu pada 40 tahun yang lalu.

Brussels dijangka akan memberikan respon kepada London pada hari Jumaat dan akan disusuli dengan sebuah sidang di kalangan pemimpin EU pada 29 April nanti dalam rangka menentukan panduan mereka sendiri. Perkara itu mungkin akan memakan mangsa beberapa minggu sebelum dialog rasmi bermula selepas itu

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini