Britain Enggan Bayar RM472.2 Bilion Kepada EU

Britain Enggan Bayar RM472.2 Bilion Kepada EU

Ketua perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier menegaskan blok itu tidak menghukum Britain ketika London dengan tegas menolak laporan 100 bilion euro (RM472.2 bilion) perlu dibayar untuk keluar daripada kesatuan itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier menegaskan blok itu tidak menghukum Britain ketika London dengan tegas menolak laporan 100 bilion euro (RM472.2 bilion) perlu dibayar untuk keluar daripada kesatuan itu.

Barnier memberi amaran terhadap 'ilusi' meninggalkan EU akan menjadi pantas atau tidak menyakitkan.

Pada masa sama beliau mendesak Britain memulakan rundingan secepat mungkin selepas pilihan raya umum Jun depan. "Tidak ada hukuman, tidak ada rang undang-undang Brexit.

Penyelesaian kewangan itu adalah untuk menyelesaikan akaun," kata Barnier pada sidang akhbar sambil mengumumkan cadangan mandat rundingan untuk dua tahun.

Bekas Pesuruh jaya Eropah Perancis dan menteri kerajaan itu berkata, tiada persoalan menuntut cek kosong daripada United Kingdom, kerana ia bukan soalan serius.

Sementara itu, Menteri Brexit Britain, David Davis berkata, negaranya boleh terus keluar daripada rundingan itu, susulan laporan Financial Times yang menganggarkan bayaran untuk Britain keluar EU dianggarkan mencecah 60 hingga 100 bilion euro (RM283.32 hingga RM472.20 bilion) "Kami tidak akan membayar 100 bilion. Tiada bayaran perlu dilunaskan bila keluar dari kesatuan itu," katanya kepada media Britain. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky