Britain Ikut Jejak Langkah AS Haram Peranti Dalam Pesawat

Britain Ikut Jejak Langkah AS Haram Peranti Dalam Pesawat

Britain bakal mengikuti jejak langkah Amerika Syarikat yang mengharamkan penumpang dari beberapa negara Asia Barat daripada membawa masuk peranti elektrik ke dalam pesawat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Britain bakal mengikuti jejak langkah Amerika Syarikat yang mengharamkan penumpang dari beberapa negara Asia Barat daripada membawa masuk peranti elektrik ke dalam pesawat.

Sekatan berkenaan dikuatkuasakan Britain ke atas enam penerbangan masuk dari Turki, Lebanon, Jordan, Mesir, Tunisia, dan Arab Saudi.

Pengumuman itu dibuat Pejabat Perdana Menteri, Theresa May kurang 24 jam selepas Amerika Syarikat melaksanakan sekatan ke atas peranti elektronik yang lebih besar daripada telefon bimbit dibawa masuk ke dalam pesawat pada Selasa.

Ia bermakna peranti seperti komputer riba, tablet dan kamera perlu dimasukkan dalam bagasi daftar masuk.

Sekatan itu dikuatkuasakan Amerika Syarikat ke atas penumpang dari lapan negara majoriti Islam di Asia Barat dan Afrika Utara.



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini