Corbyn Mungkin Hentikan Serangan Udara Di Syria Jika Dilantik Sebagai PM UK

Corbyn Mungkin Hentikan Serangan Udara Di Syria Jika Dilantik Sebagai PM UK

Ketua Parti Buruh Britain, Jeremy Corbyn berkata bahawa beliau mungkin akan menghentikan serangan udara negara itu di Syria jika terpilih sebagai perdana menteri di dalam pilihanraya negara itu yang akan berlangsung pada 8 Jun ini. Beliau juga berkata bahawa pengeboman itu telah menyebabkan ramai warga awam terkorban.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua Parti Buruh Britain, Jeremy Corbyn berkata bahawa beliau mungkin akan menghentikan serangan udara negara itu di Syria jika terpilih sebagai perdana menteri di dalam pilihanraya negara itu yang akan berlangsung pada 8 Jun ini. Beliau juga berkata bahawa pengeboman itu telah menyebabkan ramai warga awam terkorban.

Bercakap kepada BBC pada hari Ahad, Corbyn berkata bahawa konflik yang berterusan di Syria hanya boleh diselesaikan melalui dialog dan usaha damai antarabangsa.

"Akhirnya, satu-satunya penyelesaian kepada (konflik) di Syria adalah solusi politik. Tiada cara lain untuk memperolehinya (kedamaian). Proses (damai) Geneca perlu diadakan semula secepat mungkin," katanya yang merujuk kepada dialog tajaan PBB di antara kerajaan Syria dan apa yang dipanggil sebagai pembangkang negara Arab itu.

Kerajaan Britain yang diketuai oleh Perdana Menteri Theresa May telah mengambil bahagian di dalam serangan udara ke atas Syria sejak tahun 2014 di bawah sebuah pakatan yang dipimpin oleh Washington.

Pakatan itu seringkali dituduh menyasarkan dan membunuh warga awam dan juga tentera Syria sepanjang kempen yang mereka dakwa dilancarkan untuk membenteras keganasan.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky