Daesh Dakwa Bertanggungjawab Ke Atas Serangan Berhampiran Parlimen UK

Daesh Dakwa Bertanggungjawab Ke Atas Serangan Berhampiran Parlimen UK

Kumpulan pengganas Takfiri Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas serangan maut yang berlaku di Westminster, London, lapor Reuters.

Agensi Berita Ahlul Bait - Kumpulan pengganas Takfiri Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas serangan maut yang berlaku di Westminster, London, lapor Reuters.

Pada hari Rabu semalam, 4 orang terbunuh manakala sekitar 40 yang lain dilaporkan mengalami kecederaan apabila sebuah kenderaan dipandu ke arah pejalan kaki di Westminster Bridge yang terletak berdekatan dengan bangunan Parlimen U.K. Seorang lelaki kemudiannya ditembak mati oleh anggota polis setelah dia bertindak menikam seorang pegawai polis di luar perkarangan bangunan Parlimen.

Awal hari ini, Perdana Menteri U.K, Theresa May berkata bahawa seorang lelaki yang berkelahiran British yang sebelumnya disiasat oleh agensi perisikan negara itu, MI5 didapati bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

May turut menambah dengan menyifatkan penyerang itu sebagai "figur sampingan."

Polis Metropolitan London berkata bahawa mereka menganggap kes itu sebagai insiden serangan pengganas. Serangan itu walau bagaimanapun masih disiasat.

Setakat ini, 8 orang telah ditahan berhubung insiden yang mengejutkan seluruh dunia itu.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini