Daesh Mengaku Bertanggungjawab Ke Atas Serangan Di Khabarovsk, Rusia

Daesh Mengaku Bertanggungjawab Ke Atas Serangan Di Khabarovsk, Rusia

Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab dalam insiden serangan ke atas pejabat agensi perisikan utama tempatan Russia, FSB di Khabarovsk, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab dalam insiden serangan ke atas pejabat agensi perisikan utama tempatan Russia, FSB di Khabarovsk, semalam.

Kumpulan pemantau berpangkalan di Amerika Syarikat berkata, Agensi Berita Amaq, ejen propaganda Daesh membuat pengakuan itu dalam satu kenyataan ringkas dalam bahasa Arab yang disebarkan menerusi Telegram, dengan memetik 'sumber keselamatan'.

Dalam kenyataan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh kumpulan pemantau SITE, sumber berkata, serangan anggota Daesh itu menyebabkan tiga terkorban, manakala beberapa orang lagi cedera.

Sementara itu, pegawai Russia berkata, dua orang terbunuh dalam insiden serangan itu, masing-masing seorang kakitangan FSB dan orang awam. Seorang lagi dilaporkan cedera.

Menurut FSB, penyerang ditembak mati dan menambah: "Maklumat diperoleh berdasarkan barang yang dimilikinya menunjukkan kaitan dengan kumpulan neo-Nazi."

Laporan Amaq diterbitkan sehari selepas kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Paris, yang mengorbankan seorang anggota polis dan mencederakan dua yang lain. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky