Daesh Mengaku Bertanggungjawab Ke Atas Serangan Ke Atas Pasukan Pengawal Kebangsaan Rusia

Daesh Mengaku Bertanggungjawab Ke Atas Serangan Ke Atas Pasukan Pengawal Kebangsaan Rusia

Kumpulan pengganas Takfiri Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas serangan maut yang menyasarkan sebuah pos Pengawal Kebangsaan Rusia yang terletak di wilayah Chechnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan pengganas Takfiri Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas serangan maut yang menyasarkan sebuah pos Pengawal Kebangsaan Rusia yang terletak di wilayah Chechnya.

Enam anggota pengawal kebangsaan dilaporkan terbunuh dan 3 lagi mengalami kedeceraan di dalam serangan yang berlaku pada jam 23:00 GMT di kawasan berdekatan dengan daerah Naursky, lapor Jawatankuasa Kebangsaan Anti-Keganasan.

Sebelum ini, mereka turut mengumumkan bahawa 6 orang penyerang turut terbunuh di dalam serangan tersebut.

Presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov mengumumkan bahawa kumpulan lelaki bersenjata yang sebelum ini menyerang sebuah unit Pengawal Kebangsaan Rusia merancang untuk merampas senjata daripada unit tersebut. Mereka berharap untuk melancarkan serangan keganasan dengan senjata-senjata itu.

"Malam semalam, mereka cuba untuk mencuri masuk ke markas unit Pengawal Persekutuan yang terletak di wilayah Norsk, Chechnya dalam rangka merampas senjata api. Kini tiada sebarang syak lagi bahawa para militan merancang untuk melancarkan serangan besar-besaran dengan menggunakan senjata tersebut," tulis Kadyrov di dalam Instagram.

Kadyrov turut mengesahkan bahawa kesemua lelaki bersenjata itu telah dikenalpasti; dua orang daripada mereka berasak dari daerah Rostov, seorang dari Volgograd dan tiga yang lain dari Chechnya sendiri.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini