Djalilov Sah Dalang Letupan St Petersburg

Djalilov Sah Dalang Letupan St Petersburg

Jawatankuasa penyiasatan Rusia kelmarin, menamakan Akbarzhon Djalilov sebagai individu di sebalik insiden letupan di stesen metro St Petersburg, sekali gus mengesahkan kenyataan awal daripada perkhidmatan keselamatan Kyrgyzstan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jawatankuasa penyiasatan Rusia kelmarin, menamakan Akbarzhon Djalilov sebagai individu di sebalik insiden letupan di stesen metro St Petersburg, sekali gus mengesahkan kenyataan awal daripada perkhidmatan keselamatan Kyrgyzstan.

Siasatan telah mengenal pasti Djalilov sebagai rakyat Rusia kelahiran Kyrgyzstan, di mana kesan genetiknya turut ditemui pada beg mengandungi bahan letupan.

"Daripada bukti genetik dan kamera pengawasan, kami percaya individu di sebalik tindakan keganasan di dalam kereta api adalah orang sama yang meninggalkan beg dan bom di stesen Ploshchad Vosstaniya," menurut kenyataan itu.

Pasukan penyiasat bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai Djalilov, namun nama dan tahun kelahirannya bertepatan dengan kenyataan daripada perkhidmatan keselamatan Kyrgyzstan.

Difahamkan, kesan genetik Djalilov turut ditemui pada beg mengandungi bom kedua yang ditinggalkan di stesen metro lain, lapor Agensi.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini