Figur Pembangkang Rusia Ditahan 15 Hari Kerana Gagal Patuhi Pihak Polis

Figur Pembangkang Rusia Ditahan 15 Hari Kerana Gagal Patuhi Pihak Polis

Mahkamah Daerah Tverskoy, Moscow pada hari Isnin mengarahkan penahanan figur pembangkang negara itu, Alexei Navalny selama 15 haru kerana kegagalannya mematuhi pihak polis di sebuah perhimpunan haram yang dianjurkan di ibu negara Rusia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mahkamah Daerah Tverskoy, Moscow pada hari Isnin mengarahkan penahanan figur pembangkang negara itu, Alexei Navalny selama 15 haru kerana kegagalannya mematuhi pihak polis di sebuah perhimpunan haram yang dianjurkan di ibu negara Rusia.

Semasa pendengaran mahkamah, Navalny menafikan dakwaan itu sambil berkata bahawa pihak berkuasa Moscow enggan memberikan kebenaran kepada mereka untuk menganjurkan protes tersebut di pusat bandar.

Dia kemudian menambah dengan mengatakan bahawa pihak berkuasa tersebut hanya memberikan pilihan alternatif sejurus sebelum protes itu berlangsung.

Pihak berkuasa Moscow pula berkata bahawa mereka telah menolak permohonan Navalny untuk menganjurkan protes di lokasi tersebut dan kemudian memberikan alternatif kepadanya 4 hari sebelum tarikh penganjuran. Wakil pihak berkuasa Moscow memberitahu Sputnik bahawa Navalny menolak tawaran yang dibuat oleh mereka.

Perhimpunan tersebut disertai sekitar 6,000 hingga 7,000 orang dan seramai 600 daripada mereka telahpun ditahan oleh pihak polis.

/315


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini