Insiden Tembakan Berhampiran Masjid Di Tenggara Perancis

Insiden Tembakan Berhampiran Masjid Di Tenggara Perancis

Dua orang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berkumpul di luar sebuah masjid yang terletak di wilayah tenggara Perancis sekaligus mencederakan sekurang-kurangnya lapan orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua orang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berkumpul di luar sebuah masjid yang terletak di wilayah tenggara Perancis sekaligus mencederakan sekurang-kurangnya lapan orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Dua orang lelaki yang bertopeng itu keluar daripada sebuah kereta di hadapan Masjid Arrahma yang terletak di Avignon sebelum menghampiri para jemaah yang sedang meninggalkan masjid itu pada lewat malam Ahad.

Orang ramai mula panik dan melarikan diri daripada tempat kejadian sejurus lelaki-lelaki yang lengkap dengan pistol dan senapang patah melepaskan tembakan ke arah mereka, kata pihak polis.

Akibat daripada serangan itu, empat orang mengalami kecederaan di luar masjid tersebut manakala sebuah keluarga dengan empat anggotanya termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun pula cedera selepas serpihan daripada tembakan itu mengenai mereka yang berada di dalam apartmen milik keluarga.

Dua daripada mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital dan menurut pihak polis juga, tiada kecederaan serius dilaporkan.

"Daripada apa yang kami ketahui sehingga petang ini, masjid tidak disasarkan. Hakikat bahawa kejadian itu berlaku di jalan yang mempunyai bangunan keagamaan tidak mempunyai kaitan dengan (motif) serangan itu," kata polis.

Menurut kenyataan majistret daerah, insiden tembakan itu mungkin terkait dengan pertelagahan di antara golongan remaja di kawasan tersebut.

Jabatan siasatan jenayah juga telah memulakan siasatan ke atas kes itu.

Menurut para saksi, terdapat empat orang lelaki di dalam kereta tersebut dan kesemua mereka bertopeng.

Insiden itu mewujudkan perasaan takut di dalam komuniti Muslim Perancis yang selama ini berada di dalam kebimbangan apabila seorang lelaki cuba merempuh jemaah yang berada di luar sebuah masjid di tenggara negara tersebut. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky