Iran Pemain Penting Di Dalam Menyelesaikan Krisis Di Timur Tengah: Rusia

Iran Pemain Penting Di Dalam Menyelesaikan Krisis Di Timur Tengah: Rusia

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menegaskan tentang kepentingan penglibatan pihak luar yang berpengaruh termasuk Iran di dalam menangani konflik di Syria

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menegaskan tentang kepentingan penglibatan pihak luar yang berpengaruh termasuk Iran di dalam menangani konflik di Syria.

Lavrov pada hari Selasa membuat kenyataan tersebut selepas ditanya berhubung komen anti-Iran yang dibuat oleh Donald Trump baru-baru ini.

Penyelesaian bagi masalah yang wujud di Timur Tengah dan Afrika Utara memerlukan penglibatan pemain luar yang "mampu mempengaruhi situasi di lapangan dalam pelbagai bentuk. Di dalam makna yang luas, perkara ini merangkumi Iran... ," kata beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa Republik Islam adalah salah sebuah kuasa "nukleus" kepada Kumpulan Bantuan Syria Antarabangsa (International Syria Support Group - ISSG) yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian diplomatik kepada krisis di Syria.

Presiden Trump yang berucap di hadapan para pemimpin dunia Islam di Riyadh pada hari Ahad berkata bahawa Iran adalah "penaja keganasan terbesar di dunia" dan menggesa negara itu dipulaukan.

Beliau juga berkata bahawa penglibatan Iran di Syria adalah sebuah campur tangan yang tragis dan membawa ketidakstabilan yang lebih parah.

Kementerian Luar Iran pula mengatakan bahawa Presiden A.S membuat kenyataan dalam rangka "mengalakkan negara-negara di rantau itu untuk membeli lebih banyak persenjataan daripada A.S melalui penyebaran propaganda Iranofobia." -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky