Jerman Luluskan Penjualan Kapal Selam Berkeupayaan Nuklear Kepada Israel: Laporan

Jerman Luluskan Penjualan Kapal Selam Berkeupayaan Nuklear Kepada Israel: Laporan

Majlis Keselamatan Kebangsaan Jerman telah meluluskan perjanjian kontroversi untuk menjual kapal selam berkeupayaan nuklear kepada rejim Israel, baca sebuah laporan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Majlis Keselamatan Kebangsaan Jerman telah meluluskan perjanjian kontroversi untuk menjual kapal selam berkeupayaan nuklear kepada rejim Israel, baca sebuah laporan.

Majalah Der Spiegel pada hari Jumaat melaporkan bahawa Majlis Keselamatan Persekutuan telah meluluskan perjanjian itu tanpa menyatakan sumber mereka.

Laporan itu menambah bahawa perjanjian bernilai USD 1.5 bilion dan melibatkan tiga buah kapal selam kelas Dolphin itu akan dibina oleh konglomerat yang berpusat di Jerman, ThyssenKrupp Marine Systems.

Setiap kapal selam itu dilaporkan mampu membawa sebanyak 16 buah topedo dan peluru berpandu secara keseluruhan. Peluru berpandu tersebut dikatakan mampu mencapai sasaran sejauh 1,500 kilometer dan membawa kepala peledak nuklear seberat 200 kilo tan. Israel telahpun memiliki lima buah kapal selam seumpamanya di dalam inventori tentera mereka.

Pada pertengahan November lepas, sebuah laporan yang disiarkan oleh Channel 10 Israel mendakwa bahawa peguam peribadi Perdana Menteri Netanyahu, David Shimron juga bertindak sebagai wakil tempatan bagi ThyssenKrupp sekaligus mencetuskan keraguan berhubung minat perdana menteri rejim ke atas perjanjian tersebut.

Rangkaian televisyen berbahasa Hebrew itu kemudiannya turut mendedahkan sebuah emel yang menurut mereka membuktikan bahawa Shimron menggunakan hubungan rapatnya dengan Netanyahu untuk melobi penjualan senjata itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky