Kapal Perisikan Rusia Tenggelam Di Laut Hitam

Sebuah kapal milik tentera laut Rusia dilaporkan tenggelam berhampiran pantai Laut Hitam yang terletak berdektatan dengan Turki. Insiden itu berlaku apabila kapal perisikan itu bertembung dengan kapal dagang yang membawa haiwan ternak.

Foto: Reuters

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah kapal milik tentera laut Rusia dilaporkan tenggelam berhampiran pantai Laut Hitam yang terletak berdektatan dengan Turki. Insiden itu berlaku apabila kapal perisikan itu bertembung dengan kapal dagang yang membawa haiwan ternak.

Pihak pengawal pantai Turki melaporkan di dalam laman sesawang mereka bahawa kapal Rusia yang dikenali sebagai Liman itu berlanggar dengan kapal dagang bernama Youzarsif H yang didaftarkan di Togo. Insiden itu menurut mereka berlaku sekitar 18 batu nautika dari pekan Kilyo yang terletak di wilayah Istanbul.

Kru kapal yang berjumlah 78 orang itu gagal mengapungkan kapal perisikan seberat 1.560 tan itu daripada tenggelam. Akan tetapi, kesemua kru berjaya menyelamatkan diri.

Pihak berkuasa Turki melaporkan bahawa mereka telah menghantar sebuah bot tunda dan tiga buah bot penyelamat untuk menyelamatkan 63 orang kru kapal malang itu. 15 anak kapal yang lain pula dilaporkan diselamatkan oleh kru kapal kargo itu sendiri. Tiada seorangpun anak kapal yang dilaporkan mengalami sebarang kecederaan parah.

Agensi Kapal Turki (GAC) berkata bahawa punca kejadian adalah julat penglihatan yang rendah berikutan kabus yang tebal.

Kapal kargo itu pula dilaporkan tidak mengalami kerosakan yang signifikan dan mampu meneruskan perjalanan mereka.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky