Lelaki Bergergaji Serang Schaffhausen

Lelaki Bergergaji Serang Schaffhausen

Seorang lelaki bersenjatakan gergaji berantai mencederakan sekurang-kurangnya lima orang di sebuah bandar di Switzerland.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang lelaki bersenjatakan gergaji berantai mencederakan sekurang-kurangnya lima orang di sebuah bandar di Switzerland.

Media tempatan, The Blick melaporkan, polis, ambulans dan helikopter dikerahkan ke tempat kejadian di Schaffhausen dan terpaksa menutup kawasan itu.

Saksi, termasuk seorang pengurus kedai tempatan, memberitahu The Blick, penyerang itu menggunakan gergaji berantai menyebabkan perniagaan dan pejalan kaki terpaksa dipindahkan.

Polis memaklumkan kepada media mengenai serangan itu, tetapi tidak mengesahkan ia membabitkan penggunaan gergaji berantai. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky