Letupan Gegarkan Stesyen Metro Di St. Petersburg, Rusia

Letupan Gegarkan Stesyen Metro Di St. Petersburg, Rusia

Sepuluh orang dilaporkan terbunuh manakala beberapa yang lain pula mengalami kecederaan berikutan insiden letupan sebuah bom di sebuah stesyen metro yang terletak di bandar St. Petersburg, Rusia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sepuluh orang dilaporkan terbunuh manakala beberapa yang lain pula mengalami kecederaan berikutan insiden letupan sebuah bom di sebuah stesyen metro yang terletak di bandar St. Petersburg, Rusia.

Menurut maklumat awal yang dikeluarkan oleh agensi berita TASS, pasukan penyelamat telahpun dihantar ke kawasan kejadian dengan sebahagian saksi memberitahu Reuters bahawa lapan buah ambulans didapati berada di stesyen metro Sennaya Ploshchad.

Menurut sebuah lagi agensi berita Rusia, RIA Novosti terdapat laporan yang merujuk kepada dua buah letupan di dua buah stesyen metro yang berasingan.

Menurut laporan media, tiga buah stesyen metro telah ditutup setakat ini.

"Proses evakuasi sedang berjalan, terdapat beberapa orang mengalami kecederaan," lapor pihak pengurusan stesyen itu yang dinukilkan oleh agensi-agensi berita Rusia.

"Sebuah objek yang tidak dikenali dikatakan meletup di dalam sebuah gerabak kereta api," tambah mereka.

Agensi berita Interfax pula menukilkan sebuah sumber yang mengatakan bahawa sekurang-kurangnya salah satu daripada objek itu dipenuhi dengan serpihan merbahaya untuk meningkatkan memaksimumkan impak letupan.

/315


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini