Letupan Kereta Milik OSCE Di Ukraine Mungkin Sebuah Provokasi: Rusia

Letupan Kereta Milik OSCE Di Ukraine Mungkin Sebuah Provokasi: Rusia

Kementerian Luar Rusia berkata mereka percaya bahawa insiden letupan kenderaan milik pemantau OSCE di timur Ukraine merupakan sebuah tindakan provokasi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Rusia berkata mereka percaya bahawa insiden letupan kenderaan milik pemantau OSCE di timur Ukraine merupakan sebuah tindakan provokasi.

Sebelum ini, sebuah kenderaan milik OSCE meletup di kawasan yang dikuasai oleh Republik Rakyat Lugansk (LPR) -entiti yang masih belum diiktiraf dunia- sekaligus membunuh seorang pegawai OSCE dari Britain dan mencederakan seorang staf berkewarganegaraan Jerman.

Menurut pengerusi OSCE, Sebastian Kurz, kenderaan itu meletup kerana terkena periuk api di dalam ketika menjalankan misi mereka. Menurut LPR, kenderaan itu telah keluar daripada laluan yang sepatutnya diambilnya. LPR kemudian menggesa OSCE untuk mengkoordinasikan laluan mereka untuk mengelakkan kejadian yang serupa.

Kementerian Rusia berkata bahawa "provokasi" itu mungkin dibuat untuk menggugat perjanjian damai Minsk yang dibuat sebelum ini.

"Kami marah dengan tindakan sinis ini yang menyebabkan kematian individu terbabit dan dalam masa menyasarkan pemantau antarabangsa yang bekerja demi kedamaian. Kami menyeru kepada sebuah siasatan yang saksama dan mahu pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan," kata kementerian itu lagi.

Moscow turut menggesa kesemua pihak yang terlibat untuk mempermudahkan dialog langsung di antara Kiev dan republik Lugansk serta Donetsk.

Timur Ukraine telah menjadi tidak stabil sejak tahun 2014 apabila kerjaan Kiev melancarkan operasi ketenteraan ke atas militia Donbass. Walaupun setelah perjanjian Minsk dimeterai pada tahun 2015, kedua-dua pihak terus menyalahkan satu sama lain berikutan pencabulan gencatan senjata.

Misi OSCE di Ukraine dimulakan pada Mac 2014 untuk memantau dan melaporkan situasi di negara tersebut.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky