Memastikan Integriti Wilayah Syria Kekal Adalah Penting: Putin

Memastikan Integriti Wilayah Syria Kekal Adalah Penting: Putin

Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan pandangan optimis beliau berhubung prospek kepada penyelesaian ke atas krisis di Syria yang telah berlanjutan selama beberapa tahun sambil menegaskan perihal penting mengekalkan integriti wilayah negara Arab itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan pandangan optimis beliau berhubung prospek kepada penyelesaian ke atas krisis di Syria yang telah berlanjutan selama beberapa tahun sambil menegaskan perihal penting mengekalkan integriti wilayah negara Arab itu.

Pemimpin Rusia itu membuat kenyataan tersebut di dalam sebuah sidang akhbar yang dianjurkan di luar persidangan ke-12 G20. Persidangan yang melibatkan 20 buah negara yang memiliki ekonomi yang terkuat di dunia dianjurkan di Hamburg, Jerman.

"Usaha yang jerih namun penting diperlukan untuk mengekalkan integriti wilayah Syria," kata Putin sambil menambah bahawa di sebalik rasa hormat beliau kepada Setiausaha Jabatan Negara A.S, Rex Tillerson, beliau berpendapat diplomat A.S tidak berhak untuk membincangkan tentang nasib Presiden Bashar Al Assad memandangkan Tillerson bukanlah warga negara Arab itu sendiri.

"Encik Tillerson adalah seorang yang terhormat. Kami menyenangi beliau dan menghormatinya. Akan tetapi, pada akhirnya masa hadapan Syria dan masa hadapan politik Presiden Assad hanya boleh ditentukan oleh warga Syria semata-mata," kata Putin yang merujuk kepada kenyataan Tillerson bahawa Assad tidak mempunyai sebarang kedudukan di Syria. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky