NATO Gesa Turki Hormati Undang-Undang

NATO Gesa Turki Hormati Undang-Undang

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang mana turut dianggotai Turki telah menyeru Ankara untuk menghormati proses terlibat berhubung penahanan besar-besaran yang menyusuli percubaan rampasan kuasa Julai lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang mana turut dianggotai Turki telah menyeru Ankara untuk menghormati proses terlibat berhubung penahanan besar-besaran yang menyusuli percubaan rampasan kuasa Julai lalu.

"Turki mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya dan mendakwa mereka yang terlibat di dalam percubaan rampasan kuasa (Julai) lepas. Akan tetapi perkara itu perlu dilaksanakan berdasarkan lunas undang-undang," kata Setiausaha Agung NATO, Jeneral Jens Stoltenberg.

Hubungan Ankara-EU merudum selepas percubaan rampasan kuasa Julai lalu dan tindakan keras Turki yang menyusuli insiden itu.

Perbalahan itu bertambah parah pada Mac lepas apabila beberapa negara EU, khususnya Jerman dan Belanda telah menghalang beberapa menteri Turki daripada menganjurkan rapat umum dalam rangka meraih undi 'Ya' dalam referendum yang akan memperluaskan kuasa eksekutif Presiden Turki.

Erdogan menuduh negara-negara Eropah bertindak seperti anggota 'Nazi' dan memberikan tempat perlindungan kepada pengganas yang menyokong militan Kurdis dan mereka yang terlibat di dalam percubaan rampasan kuasa tersebut.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky