Negara-Negara EU Tidak Akan Pindahkan Kedutaan Ke al-Quds

Negara-Negara EU Tidak Akan Pindahkan Kedutaan Ke al-Quds

Menteri Luar Kesatuan Eropah, Federica Mogherini berkata bahawa negara anggota blok itu tidak akan memindahkan kedutaan-kedutaan mereka dari Tel Aviv ke kawasan yang dijajahi rejim itu di Tebing Barat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Kesatuan Eropah, Federica Mogherini berkata bahawa negara anggota blok itu tidak akan memindahkan kedutaan-kedutaan mereka dari Tel Aviv ke kawasan yang dijajahi rejim itu di Tebing Barat.

"Pendapat kami sama dengan Liga Arab yang juga merupakan pilihan masyarakat antarabangsa. EU dan negara-negara anggotanya tidak akan memindahkan kedutaan mereka ke Jerusalem dan kami juga tidak menggalakkan sebarang keputusan yang menjurus ke arah itu," kata Mogherini pada hari Isnin.

Beliau bercakap di dalam sebuah sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmad Aboul-Gheit di Luxembourg.

"Kami menyokong pendekatan yang sama iaitu solusi dua negara, rundingan di antara pihak yang terlibat khususnya yang tertakluk di bawah rangka kerja Inisiatif Damai Arab. Kami menganggap perkara itu sebagai asas di dalam mencapai kemajuan di dalam isu ini," tambahnya.

Rundingan terakhir di antara Palestin dan Israel menemui kegagalan pada tahun 2014 dan sebarang usaha untuk menghidupkannya telah gagal.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini