Papan Iklan Papar Imej Melania Trump Diturunkan

Papan iklan yang memaparkan imej glamor Wanita Pertama Amerika Syarikat, Melania Trump, yang sepatutnya menjadi tarikan pelajar memasuki sekolah bahasa di Croatia, diturunkan semalam.

Foto: AFP

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Papan iklan yang memaparkan imej glamor Wanita Pertama Amerika Syarikat, Melania Trump, yang sepatutnya menjadi tarikan pelajar memasuki sekolah bahasa di Croatia, diturunkan semalam.

Papan iklan dengan keterangan gambar: 'Bayangkan sejauh mana anda boleh pergi dengan sedikit pengetahuan Bahasa Inggeris', diturunkan selepas empat hari dipamerkan, berikutan rungutan peguam Trump di negara asal bekas model itu, Slovenia.

Sekolah Institut Amerika di Zagreb 'melanggar undang-undang Croatia kerana menggunakan imej dan personaliti Melania secara salah untuk tujuan komersial.'

Peguam Melania, Natasa Pirc Musar, dalam emel kepada AFP, berkata: "Dengan menggunakan imej beliau untuk mengiklankan perkhidmatan mereka menceroboh hak personaliti beliau secara tidak sah.

"Kami gembira mereka menyedari mereka melakukan kesilapan besar."

Pereka papan iklan itu, Ivis Buric, berkata ia bertujuan menghantar 'mesej positif' dan menampilkan Wanita Pertama itu sebagai contoh.

"Matlamat utama adalah mempromosi Bahasa Inggeris," katanya, yang bercakap bagi pihak sekolah berkenaan.

Beliau mengesahkan ia sudah diturunkan atas permintaan peguam Melania.

Melania, 47, dilahirkan sebagai Melanija Knavs di Slovenia ketika ia masih menjadi sebahagian negara komunis Yugoslavia.

Beliau meninggalkan negara kelahirannya pada 1990-an untuk meneruskan kerjaya sebagai model. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini