Penasihat Kremlin Dedahkan Cara Tangani Amerika Syarikat

Penasihat Kremlin Dedahkan Cara Tangani Amerika Syarikat

Satu-satunya cara untuk menyekat tindakan agresif Amerika Syarikat adalah dengan menghentikan ketagihan ke atas mata wang Dolar, kata penasihat Kremlin pada hari Jumaat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Satu-satunya cara untuk menyekat tindakan agresif Amerika Syarikat adalah dengan menghentikan ketagihan ke atas mata wang Dolar, kata penasihat Kremlin pada hari Jumaat.

"Jika Amerika Syarikat bersikap lebih agresif, maka lebih cepat mereka akan melihat kejatuhan Dolar memandangkan satu-satunya cara untuk mangsa sikap agresif A.S menghentikan perkara itu adalah melalui melepaskan diri daripada ketergantungan kepada Dolar. Apabila kita dan China sudah muak dengan Dolar, maka kuasa ketenteraan Amerika Syarikat akan berakhir," kata Sergey Glazyev yang memberitahu wartawan Tass.

Ketika membuat ulasan berhubung Presiden Donald Trump, belia berkata bahawa anggota Republikan itu hanya melakukan apa yang dimahukan oleh golongan elit yang berkuasa.

"Saya tidak memiliki sebarang ilusi berhubung dirinya; iaitu beliau akan mengubah polisi (negaranya). Pertama sekali, sikap agresif Amerika berakar umbi daripada keinginan mereka untuk mengekalkan hegemoni mereka di dalam dunia di mana China sudahpun mengambil alih tampuk pemerintahan di dalam lapangan ekonomi," tambahnya lagi.

"Amerika Syarikat tidak memiliki sebarang perkakasan lain untuk memastikan pihak lain menggunakan Dolar melainkan 'belantan'. Inilah sebabnya kenapa mereka kerap menggunakan perang hibrid ke atas seluruh dunia dalam rangka memindahkan beban hutang mereka ke atas negara lain dan (dalam masa yang sama) melemahkan wilayah yang tidak mampu dikuasainya," katanya lagi.

"Dalam konteks ini, histeria anti-Rusia dan peningkatan sentimen Russofobia boleh dilihat sebagai faktor jangka panjang yang terkait dengan kepentingan para elit pemerintah A.S," kata penasihat Kremlin itu.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini