Penduduk London Berarak Bantah Brexit

Penduduk London Berarak Bantah Brexit

Ribuan penduduk London berarak hari ini bagi menyertai tunjuk perasaan membantah tindakan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ribuan penduduk London berarak hari ini bagi menyertai tunjuk perasaan membantah tindakan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Tunjuk perasaan itu berlaku hanya empat hari sebelum Perdana Menteri, Theresa May melancarkan proses perpisahan secara rasmi daripada blok yang dianggotai negara itu sejak 44 tahun lalu.

Perarakan dikenali sebagai 'Bersatu Untuk Eropah' itu dijadualkan berakhir di Dataran Parlimen, lokasi serangan oleh warga British, Khalid Masood yang meragut empat nyawa.

Peserta turut bertafakur selama seminit sebagai mengingati mangsa yang terkorban dalam serangan itu sebelum memulakan perarakan berkenaan.

Mereka dilihat mengibarkan bendera EU dan kain rentang yang tertulis slogan seperti 'Jadi apa rancangan anda' dan 'Hentikan Brexit' ketika berarak menuju Parlimen.

Satu kain rentang dibawa seorang penduduk tertulis 'Hastings, di Eropah sejak 1066.' Seorang lagi peserta pula membawa kain rentang bertulis 'Selamat Hari Lahir EU' yang merujuk kepada ulang tahun ke-60 penubuhan blok itu akhir minggu ini. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini