Pengebom Serangan Kereta Api Dikenali Akbarjon Djalilov

Pengebom Serangan Kereta Api Dikenali Akbarjon Djalilov

Penyiasat Russia mengesahkan nama pengebom serangan kereta api metro Saint Petersburg sebagai Akbarjon Djalilov, menambah dia juga dikatakan meletak bom kedua namun berjaya dimatikan pihak berkuasa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penyiasat Russia mengesahkan nama pengebom serangan kereta api metro Saint Petersburg sebagai Akbarjon Djalilov, menambah dia juga dikatakan meletak bom kedua namun berjaya dimatikan pihak berkuasa.

"Hasil siasatan mengenal pasti lelaki yang meletakkan bom di metro Saint Petersburg sebagai Akbarjon Djalilov," kata kenyataan Jawatankuasa Siasatan.

Kenyataan penyiasat juga mengesan DNA Djalilov, 22, dijumpai pada beg berisi bahan letupan kedua yang ditemui di sebuah stesen metro lain sejurus sebelum letupan dalam terowong yang mengorbankan 14 orang.

"Penilaian genetik dan rakaman kamera pengawasan membolehkan siasatan merumuskan lelaki yang menjalankan serangan pengganas adalah individu yang meninggalkan beg bersama peranti letupan di stesen Vosstaniya Square," katanya.

Penyiasat tidak memberi butiran lanjut mengenai Djalilov, namun nama dan tahun kelahirannya sama dengan kenyataan daripada perkhidmatan keselamatan Kyrgyzstan yang berkata awal hari ini penyerang adalah warga Russia berasal dari negara itu.

Terdahulu, penyiasat berkata, mayat pengebom kereta api itu ditemui di tempat kejadian letupan namun tidak jelas jika dia dikira dalam angka kematian rasmi serangan. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini