Pengganas Rancang Serangan Besar-Besaran: Ramzan Kadyrov

Pengganas Rancang Serangan Besar-Besaran: Ramzan Kadyrov

Kadyrov berkata bahawa para penyerang unit Pengawal Kebangsaan Persekutuan Rusia merancang untuk melancarkan serangan pengganas besar-sebaran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kadyrov berkata bahawa para penyerang unit Pengawal Kebangsaan Persekutuan Rusia merancang untuk melancarkan serangan pengganas besar-sebaran.

Presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov mengumumkan bahawa kumpulan lelaki bersenjata yang sebelum ini menyerang sebuah unit Pengawal Kebangsaan Rusia merancang untuk merampas senjata daripada unit tersebut. Mereka berharap untuk melancarkan serangan keganasan dengan senjata-senjata itu.

"Malam semalam, mereka cuba untuk mencuri masuk ke markas unit Pengawal Persekutuan yang terletak di wilayah Norsk, Chechnya dalam rangka merampas senjata api. Kini tiada sebarang syak lagi bahawa para militan merancang untuk melancarkan serangan besar-besaran dengan menggunakan senjata tersebut," tulis Kadyrov di dalam Instagram.

Kadyrov turut mengasahkan bahawa kesemua lelaki bersenjata itu telah dikenalpasti; dua orang daripada mereka berasak dari daerah Rostov, seorang dari Volgograd dan tiga yang lain dari Chechnya sendiri.

/315


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini