Pengganas Serang Unit Pengawal Kebangsaan Di Chechnya

Pengganas Serang Unit Pengawal Kebangsaan Di Chechnya

Jawatankuasa anti-keganasan Rusia pada hari Jumaat (24 Mac) mengumumkan berhubung kematian 6 orang militan yang menyerang sebuah unit Pengawal Kebangsaan yang ditempatkan di Chechnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jawatankuasa anti-keganasan Rusia pada hari Jumaat (24 Mac) mengumumkan berhubung kematian 6 orang militan yang menyerang sebuah unit Pengawal Kebangsaan yang ditempatkan di Chechnya.

"Pada hari ini, sekitar jam 2.30 petang, sekitar 6 penyerang yang tidak dikenali telah menyerang sebuah unit Pengawal Kebangsaan Rusia yang ditempatkan di kawasan berdekatan dengan stesyen Norskaya di Republik Chechnya," kata jawatankuasa itu.

"Sepanjang pertempuran, para militan dibunuh, senjata dan amunisi ditemui pada diri mereka dan 2 daripada mereka didapati memakai tali pinggang yang dilengkapi dengan bahan letupan," kata jawatankuasa itu.

"Malangnya kami tidak dapat mengelakkan kehilangan daripada pihak Pengawal Kebangsaan. Di kalangan mereka ada yang terbunuh dan ada juga yang mengalami kecederaan," tambah jawatankuasa itu.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini