Penggubal Undang-Undang Jerman Dakwa Kudeta Di Ukraine Diseliakan Oleh Kuasa Barat

Penggubal Undang-Undang Jerman Dakwa Kudeta Di Ukraine Diseliakan Oleh Kuasa Barat

Seorang anggota parti Christian Democratic Union (CDU) -parti pemerintah negara Jerman- , Willy Wimmer berkata bahawa kudeta yang berlaku di Ukraine pada tahun 2014 telah dirancang dan diseliakan oleh kuasa Barat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang anggota parti Christian Democratic Union (CDU) -parti pemerintah negara Jerman- , Willy Wimmer berkata bahawa kudeta yang berlaku di Ukraine pada tahun 2014 telah dirancang dan diseliakan oleh kuasa Barat.

Wimmer merupakan salah seorang daripada anggota delegasi yanng terdiri daripada para penggubal undang-undang dan ahli perniagaan dari Jerman dan Austria yang kini sedang melawat Crimea.

"Apa yang berlaku di Ukraine pada tahun 2014 ialah sebuah kudeta yang disokong oleh modal dan pelaburan yang besar dan perkara itu diselia oleh Barat," kata Wimmer ketika bertemu dengan pemimpin Republik Crimea, Sergei Aksyonov.

Penggubal undang-undang itu turut menambah dengan mengatakan bahawa sekatan yang dikenakan ke atas bersifat tidak adil.

Bekas Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych telah dipaksa meninggalkan pejabatnya pada Februaru 2014 selepas protes yang melanda negara itu selama beberapa bulan. Protes yang mengambil tempat di dataran Maidan itu diselangi dengan pertembungan ganas di antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa. Protes itu menyaksikan sekitar 100 warga awam kehilangan nyawa mereka.

Crimea walau bagaimanapun menolak kerajaan yang baru dan memilih untuk menyertai semula Persekutuan Rusia melalui sebuah referendum yang berlangsung pada Mac 2014.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky