Peningkatan Pengikut Ajaran Salafi Di Jerman

Peningkatan Pengikut Ajaran Salafi Di Jerman

Jumlah penganut fahaman Salafi di Jerman telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh kurang daripada satu dekad, lapor agensi perisikan negara Eropah itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jumlah penganut fahaman Salafi di Jerman telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh kurang daripada satu dekad, lapor agensi perisikan negara Eropah itu.

Pejabat Persekutuan Perlindungan Perlembagaan negara Jerman (BfV) telah mengeluarkan amaran berhubung peningkatan ahli jemaah Salafi sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, lapor surat khabar Jerman Rheinische Post.

Pihak perisikan negara Eropah itu telah mengenalpasti sekitar 10,000 pengikut ajaran radikal yang dikaitkan dengan Islam itu. Angka itu menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding 10 tahun sebelumnya.

Pada tahun 2011, dianggarkan terdapat sekitar 3,800 pengikut ajaran Salafi di Jerman. Angka itu kemudiannya meningkat kepada 7,500 orang pada tahun 2015, lapor BfV.

Pihak berkuasa Jerman sebelum ini telah dikritik kerana kegagalan mereka di dalam menangani ancaman daripada pengikut ajaran Salafi. Pada tahun lepas, sebuah pendedahan menunjukkan seorang pengikut Salafi yang aktif yang berusia 24 tahun telah dibenarkan bekerja di dalam kawasan bersekuriti tinggi di dua buah lapangan terbang Berlin sepanjang tempoh 2 tahun.

Pada beberapa bulan kebelakangan ini, polis Jerman telahpun melancarkan operasi untuk memberkas elemen Salafi di negara itu. Pada bulan November lepas, polis Jerman di sepuluh buah negeri berbeza telahpun menyerbu sekitar 200 buah unit apartmen dan dua buah masjid yang dipercayai dioperasikan oleh pertubuhan "Die Wahre Religion" (Agama Benar), sebuah pertubuhan Salafi.

Salafi adalah sebuah tafsiran radikal berhubung ajaran Islam dan mereka lebih menekankan aspek zahiriah teks-teks suci agama sekaligus menyebabkan kekakuan di dalam beragama.

Salah satu daripada pergerakan yang berpengaruh di kalangan pengikut ajaran Salafisme adalah ajaran Wahabbisme itu sendir. Sebuah ajaran yang diguna pakai secara rasmi di Arab Saudi. Ajaran Wahhabi pula dikenali sebagai sebuah ajaran yang menjadi pilihan kepada beberapa kumpulan pengganas yang giat beroperasi di seluruh dunia sperti al-Qaeda.

Pada minggu lepas, seorang wartawan penyiasat Jerman mendedahkan bahawa "masjid-masjid biasa" di seluruh Jerman sedang menerapkan konsep masyarakat "selari" (komuniti yang terpisah daripada arus majoriti) dengan menolak konsep "masyarakat Jerman" (yang terintegrasi dan terjalin di dalam sebuah fabrik masyarakat).

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini