Penyerang London Tiada Kaitan Daesh, Al-Qaeda

Penyerang London Tiada Kaitan Daesh, Al-Qaeda

Polis tidak menemui sebarang bukti penyerang Westminster, Khalid Masood ada kaitan dengan kumpulan Daesh atau Al-Qaeda.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis tidak menemui sebarang bukti penyerang Westminster, Khalid Masood ada kaitan dengan kumpulan Daesh atau Al-Qaeda.

Timbalan Penololong Pesuruhjaya anti-keganasan, Neil Basu, berkata Masood jelas 'berminat dengan jihad' namun polis tiada bukti dia berbincang merancang serangan dengan pihak lain.

Dalam satu kenyataan, Basu berkata, serangan di mana Masood menggunakan kenderaan SUV dan pisau untuk membunuh penduduk di ibu kota ini 'jelas berdasarkan teknik tidak canggih, teknologi rendah, murah yang ditiru daripada serangan lain.'

Katanya, Masood bukan 'individu pilihan' polis antipengganas atau perkhidmatan perisikan sebelum serangan minggu lalu. Polis British berkata, dua individu masih ditahan susulan serangan di ibu kota ini.

Masood merempuh pejalan kaki di Jambatan Westmintser dan melanggar pagar di luar parlimen dengan bersenjatakan dua pisau. Empat maut dalam serangan itu termasuk seorang pegawai polis. - AP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini