Penyerang Westminster Adalah Kelahiran British Dan Dikenali Oleh MI5: May

Penyerang Westminster Adalah Kelahiran British Dan Dikenali Oleh MI5: May

Perdana Menteri UK, Theresa May berkata bahawa penyerang di Westminster adalah seorang berkelahiran British dan dikenali oleh agensi perisikan tempatan negara tersebut, MI5. Menurut beliau juga, penyerang sebelumnya pernah disiasat sebelum ini.

Agensi Berita Ahlul Bait - Perdana Menteri UK, Theresa May berkata bahawa penyerang di Westminster adalah seorang berkelahiran British dan dikenali oleh agensi perisikan tempatan negara tersebut, MI5. Menurut beliau juga, penyerang sebelumnya pernah disiasat sebelum ini.

"Apa yang boleh saya sahkan setakat ini adalah lelaki itu berkelahiran British dan beberapa tahun sebelum ini pernah disiasat oleh MI5 berhubung tindakan ekstremisme," beritahu May kepada para perwakilan sehari selepas serangan maut di luar Parlimen U.K yang terletak di London. Serangan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 4 orang terbunuh dan mencederakan 40 yang lain.

"Dia pernah menjadi figur sampingan," tambahnya. "Kes itu sudah lama, dia tidak lagi termasuk di dalam gambaran perisikan terkini."

Beliau turut menambah bahawa bila tiba saatnya, identiti penyerang akan dimaklumkan kepada umum.

Di dalam sebuah ucapan lantang, May berkata kepada Parlimen bahawa, "Kami tidak akan takut dan ketahanan kami tidak akan pernah pudar di dalam berhadapan dengan keganasan."

Para penggubal undang-undang British sebelum itu bertafakur selama seminit untuk memperingati para mangsa insiden tersebut.

Penyerang pada hari Rabu merempuh kereta yang dipandunya ke arah para pejalan kaki sebelum menikam seorang pegawai polis di dalam sebuah insiden yang disifatkan sebagai tindakan keganasan oleh pihak berkuasa.

Pihak polis setakat ini telah menahan 8 orang berhubung insiden tersebut.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini