Perancis Mahu Bangunkan Dialog Politik Bersama Iran

Perancis Mahu Bangunkan Dialog Politik Bersama Iran

Perancis dilaporkan mahu membangunkan dialog politik bersama Iran dengan harapan jalinan kerjasama itu akan menjurus kepada usaha menyelesaikan konflik serantau.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perancis dilaporkan mahu membangunkan dialog politik bersama Iran dengan harapan jalinan kerjasama itu akan menjurus kepada usaha menyelesaikan konflik serantau.

Kenyataan itu dibuat Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengecam Iran sebagai sumber dana utama dan sokongan untuk kumpulan militan di Asia Barat.

Difahamkan, kenyataan itu merupakan maklum balas terhadap soalan sama ada Paris bersetuju dengan gesaan Trump supaya meminggirkan Iran atau tidak.

Kelmarin, Presiden Perancis yang baharu, Emmanuel Macron dilaporkan sempat mengucapkan tahniah kepada Dr. Hassan Rouhani kerana dipilih semula sebagai Presiden Iran dalam pilihan raya negara itu baru-baru ini. - REUTERS


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky