Perjanjian Nuklear Iran Adalah Perjanjian Antarabangsa Yang Disahkan PBB: EU

Perjanjian Nuklear Iran Adalah Perjanjian Antarabangsa Yang Disahkan PBB: EU

Ketua hubungan luar Kesatuan Eropah, Frederica Mogherini menekankan bahawa perjanjian nuklear di antara Iran dan kuasa P5+1 merupakan sebuah perjanjian antarabangsa yang disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua hubungan luar Kesatuan Eropah, Frederica Mogherini menekankan bahawa perjanjian nuklear di antara Iran dan kuasa P5+1 merupakan sebuah perjanjian antarabangsa yang disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Perjanjian nuklear itu tidak dimiliki oleh mana-mana negara secara khusus, perjanjian itu milik masyarakat antarabangsa," kata Mogherini di dalam sebuah sidang akhbar yang turut disertai oleh Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov pada hari Selasa.

"Kami mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa perkara ini (perjanjian nuklear) akan terus dikuatkuasakan," tambahnya.

Iran dan lima buah negara anggota Majlis Keselamatan PBB -A.S, China, Rusia, Britain dan Perancis- berserta Persekutuan Jerman menandatangani perjanjian Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) pada 14 Julai tahun 2015 dan mula menguatkuasakannya pada 16 Januari tahun 2016.

Sepanjang kempen pilihan raya, Presiden A.S, Donald Trump menyifatkan perjanjian nuklear itu sebagai sebuah kesilapan besar dan berikrar untuk menamatkannya secara unilateral. Walaupun beliau masih tidak mengotakan janjinya itu, Trump mengarahkan pentadbirannya untuk menyemak semula perjanjian itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky