Pihak Berkuasa Belgium Anggarkan 628 Warga Negaranya Sebagai Pejuang Pengganas Antarabangsa

Pihak Berkuasa Belgium Anggarkan 628 Warga Negaranya Sebagai Pejuang Pengganas Antarabangsa

Pihak berkuasa Belgium menganggarkan bahawa 629 orang warga negara itu telahpun menjadi apa yang digelar sebagai pejuang pengganas antarabangsa, lapor media tempatan pada hari Selasa yang menukilkan maklumat daripada Kementerian Dalam Negeri Belgium.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Belgium menganggarkan bahawa 629 orang warga negara itu telahpun menjadi apa yang digelar sebagai pejuang pengganas antarabangsa, lapor media tempatan pada hari Selasa yang menukilkan maklumat daripada Kementerian Dalam Negeri Belgium.

Menurut surat khabar Le Libre, 276 orang daripada mereka yang diklasifikasikan sebagai pejuang pengganas antarabangsa kini diandaikan berada di Syria. 121 yang lain pula telahpun pulang ke negara Eropah itu dari negara Arab tersebut.

82 individu juga dilaporkan telah membuat percubaan untuk melakukan perjalanan ke Syria dalam rangka berjuang bersama kumpulan pengganas Takfiri Daesh dan 149 yang lain pula disyaki berpotensi menjadi pengganas.

PBB mentakrifkan pejuang pengganas antarabangsa sebagai individu yang melakukan perjalanan ke negara lain dalam rangka melancarkan tindakan keganasan, memberikan latihan kepada pengganas ataupun menerima latihan daripada mereka dan menyertai konflik bersenjata.

Pada Mac 2016, Belgium menyaksikan serangan pengganas berkembar yang dilancarkan oleh warga negara mereka sendiri di ibu kota negara Eropah itu.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky