Proses Brexit Bermula 29 Mac Ini

Proses Brexit Bermula 29 Mac Ini

Perdana Menteri Britain, Theresa May akan memulakan proses Brexit pada 29 Mac ini, sekali gus melancarkan rundingan selama dua tahun yang paling kompleks sejak Perang Dunia Kedua.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Britain, Theresa May akan memulakan proses Brexit pada 29 Mac ini, sekali gus melancarkan rundingan selama dua tahun yang paling kompleks sejak Perang Dunia Kedua.

Duta Britain ke Kesatuan Eropah (EU), Tim Barrow memaklumkan tarikh itu kepada Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk, kelmarin.

Sementara itu, Menteri Brexit, David Davis berkata, proses untuk meninggalkan EU tersebut akan menjadi rundi-ngan terpenting bagi generasi dan negara terbabit.

"Kerajaan jelas dengan matlamatnya, perjanjian baru yang berfungsi untuk seluruh Eropah, kerjasama positif antara Britain dan sekutu di EU," katanya.

Difahamkan, surat pemberitahuan untuk menggunakan Artikel 50 itu akan dihantar kepada Tusk pada minggu depan yang akan menyebabkan London berada dalam keadaan tidak menentu.

Artikel 50 membolehkan rundingan selama dua tahun untuk menentukan syarat pemisahan daripada blok 28 negara tersebut mengambil kira rangka kerja bagi masa depan dengan EU. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini