Putin Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Letupan Di Stesyen Metro

Putin Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Letupan Di Stesyen Metro

Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin telah menyampaikan rasa simpatinya kepada keluarga mangsa insiden letupan bom di sebuah stesyen metro yang terletak di bandar St. Peterburg.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin telah menyampaikan rasa simpatinya kepada keluarga mangsa insiden letupan bom di sebuah stesyen metro yang terletak di bandar St. Peterburg.

Beliau mengucapkan takziahnya kepada keluarga mangsa yang tebunuh di dalam serangan itu.

Putin pada masa ini berada di St. Petersburg dalam rangka menghadiri sebuah pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Belarusia, Alexander Lukashenko.

Bercakap kepada para pemberita, beliau berkata bahawa punca letupan masih belum jelas sambil menambah bahawa sebarang kemungkinan sedang dipertimbangkan termasuk serangan pengganas.

"Saya telahpun bercakap kepada perkhidamatan khas kami, mereka sedang bekerja untuk memastikan punca (letupan itu)," kata Putin di dalam mesyuarat dengan Lukashenko.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini