Rusia Akan Beri Respon Jika A.S Serang Syria: Lavrov

Rusia Akan Beri Respon Jika A.S Serang Syria: Lavrov

Rusia berkata mereka akan memberikan respon yang "sewajarnya" jikalau Amerika Syarikat melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria di atas alasan menyekat serangan kimia Damsyik seperti yang didakwa oleh Washington berasaskan penilaian pihak perisikan mereka sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia berkata mereka akan memberikan respon yang "sewajarnya" jikalau Amerika Syarikat melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria di atas alasan menyekat serangan kimia Damsyik seperti yang didakwa oleh Washington berasaskan penilaian pihak perisikan mereka sendiri.

"Kami akan bertindak dengan penuh terhormat, secara wajar mengikut situasi sebenar yang mungkin akan berlaku," kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov pada hari Rabu di dalam sebuah sidang akhbar.

Lavrov menambah bahawa beliau berharap A.S tidak akan akan bertindak berasaskan penilaian pihak perisikan mereka berkaitan niat kerajaan Damsyik untuk menggunakan senjata kimia seperti mana yang didakwa oleh Pentagon.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Luar Rusia, Gennady Gatilov turut memberi amaran kepada A.S berhubung sebarang tindakan unilateral Washington ke atas kerajaan sah di Damsyik.

Beliau turut berkata bahawa tentera Syria tidak mendatangkan sebarang ancaman ke atas tentera A.s dan sebarang sebarang tindakan ketenteraan daripada pihak Pentagon ke atas angkatan tentera negara Arab itu pastilah bersifat provokatif.

Jurucakap Rumah Putih, Sean Spicer pada hari Isnin mendakwa bahawa A.S telah mengesan beberapa aktiviti yang menunjukkan bahawa Damsyik sedang bersiap-sedia untuk melancarkan serangan kimia yang mungkin akan membunuh warga termasuk kanak-kanak.

Dia menambah bahawa kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar al-Assad akan membayar harga yang tinggi jikalau mereka meneruskan niat mereka itu.

Iran turut menegaskan bahawa tuduhan A.S itu perlu disahkan oleh  Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) sebelum tindakan selanjutnya boleh diambil sekaligus menentang sebarang tindakan unilateral Washington. -ABNA24 


/314


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky