Rusia Bunuh 2 Suspek Pengganas

Rusia Bunuh 2 Suspek Pengganas

Agensi Perisikan Rusia (FSB) pada hari Rabu berkata bahawa para agennya telah berjaya membunuh 2 orang lelaki yang disyaki sedang merancang untuk melancarkan serangan keganasan di Rusia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Agensi Perisikan Rusia (FSB) pada hari Rabu berkata bahawa para agennya telah berjaya membunuh 2 orang lelaki yang disyaki sedang merancang untuk melancarkan serangan keganasan di Rusia.

FSB berkata bahawa suspek yang kedua-duanya berasal dari Asia Tengah terbunuh di dalam sebuah insiden tembak-menembak apabila mereka melawan ketika diserbu oleh pihak berkuada di daerah Vladimir yang terletak di Moscow.

Menurut kenyataan pihak berkuasa Rusia, kedua-dua suspek berhubung dengan para perekrut yang dikaitkan dengan pertubuhan keganasan antarabangsa dan telah menunjukkan minat untuk membuat bom serta melancarkan serangan di negara terbabit.

Rusia sebelum ini dikejutakan dengan insiden pengeboman di bandar St. Petersburg di mana seorang pengganas telah meletupkan bom di dalam salah sebuah gerabak keretapi sekaligus membunuh 14 orang mangsa.

Pengebom itu kemudiannya dikenalpasti sebagai warga Kyrgyzstan yang merupakan salah sebuah republik bekas Kesatuan Soviet yang termiskin di rantau Asia Tengah. Kemiskinan di rantau itu menjadi sebuah pusat inkubator terbaik bagi gerakan pelampau.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini