Rusia Perbaharui Sekatan Balas Ke Atas EU

Rusia Perbaharui Sekatan Balas Ke Atas EU

Rusia telah memperbaharui sekatan balas mereka ke atas Kesatuan Eropah selepas blok itu bertindak memanjangkan sekatan mereka ke atas Moscow dengan menamakan krisis di Ukraine sebagai alasan mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia telah memperbaharui sekatan balas mereka ke atas Kesatuan Eropah selepas blok itu bertindak memanjangkan sekatan mereka ke atas Moscow dengan menamakan krisis di Ukraine sebagai alasan mereka.

Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin pada hari Jumaat menandatangani dekri berkaitan yang secara efektif memanjangkan sekatan balas ke atas EU sehingga penghujung tahun 2018.

Dekri itu memanjangkan pengharaman ke atas import bahan makanan dari negara-negara Barat untuk 18 bulan lagi.

EU pada hari Rabu secara rasmi memanjangkan sekatan ekonomi mereka ke atas Rusia yang mula-mula diperkenalkan pada Julai 2014 selepas wilayah Crimea memilih untuk berpisah daripada Ukraine dan kembali menyertai Rusia melalui sebuah referendum.

Di dalam sebuah tindak balas yang berkaitan, Rusia pada hari Jumaat turut berkata bahawa mereka akan menggantung sumbangan Moscow kepada Suruhanjaya Eropah bagi tahun 2017.

Kremlin berkata bahawa Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov telahpun memaklumkan Setiausaha Agung Suruhanjaya Eropah, Thorbjorn Jagland berhubung keputusan Rusia.

Kuasa Barat menuduh Moscow melakukan campur tangan di dalam urusan dalaman Ukraine dan menyifatkan penyatuan Crimea dengan Rusia sebagai "pendudukan Rusia" ke atas wilayah tersebut.

Moscow menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut sambil mengatakan bahawa sekatan balas mereka akan ditamatkan sejurus selepas Barat menamatkan sekatan mereka. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky