Sudah Masanya Berdialog Dengan Tegas Bersama Arab Saudi: Corbyn

Sudah Masanya Berdialog Dengan Tegas Bersama Arab Saudi: Corbyn

Ketua pembangkang Britain, Jeremy Corbyn berkata bahawa masanya sudah tiba untuk negaranya berdialog dengan tegas bersama Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain di Teluk Parsi selepas kota London sekali lagi digegarkan dengan serangan pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua pembangkang Britain, Jeremy Corbyn berkata bahawa masanya sudah tiba untuk negaranya berdialog dengan tegas bersama Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain di Teluk Parsi selepas kota London sekali lagi digegarkan dengan serangan pengganas.

Serangan pengganas pada hari Sabtu di sekitar dan di atas London Bridge menyebabkab 7 warga awam terkorban dan hampir 50 yang lain megalami kecederaan.

"Ya, kita perlu berbincang dengan tegas; bermula dengan Arab Saudi dan beberapa negara teluk Parsi yang lain yang telah membiaya dan mendorong ideologi ekstremisme," kata Corbyn pada hari Ahad.

Pada hari Sabtu lepas, 3 orang lelaki yang berpisau memandu sebuah van yang disewa ke arah pejalan kaki di London Bridge serta menikam beberapa yang lain.

Sementara itu, kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu melalui laman sesawang Amaq.

Ketua Parti Buruh yang dijangka akan mengetuai partinya di dalam pilihan raya Britain 2017 juga mengecam sentimen Islamofobia yang semakin mendapat momentum selepas serangan berdarah di London itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini