Tillerson Desak Sekutu NATO Tambah Belanja Tentera

Tillerson Desak Sekutu NATO Tambah Belanja Tentera

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson mendesak sekutu NATO menambah perbelanjaan untuk ketenteraan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson mendesak sekutu NATO menambah perbelanjaan untuk ketenteraan.

Tillerson menyampaikan gesaan itu dalam pertemuan pertamanya dengan menteri luar negara anggota NATO menjelang Sidang Kemuncak pada 25 Mei depan yang bakal dihadiri pemimpin pakatan 25 negara itu termasuk Presiden Donald Trump.

"Seperti pernah diperjelaskan Presiden Trump, tidak lagi wajar bagi AS terus menanggung beban besar perbelanjaan pertahanan NATO," kata Tillerson di Brussels. Beliau menggesa rakan sejawatannya supaya memberikan persetujuan pada sidang kemuncak berkenaan untuk mengemukakan perancangan bagi memenuhi permintaan itu sebelum akhir tahun ini.

Negara anggota NATO asalnya bersetuju dalam sidang di Wales pada 2014 untuk menyumbangkan dua peratus daripada hasil keluaran kasar masing-masing kepada bidang pertahanan.

Berharap agar perbalahan peruntukan itu tidak berpanjangan, Ketua NATO, Jens Stoltenberg berkata, ahli pertubuhan itu faham bahawa mereka terpaksa menokok perbelanjaan bukan setakat untuk memuaskan Washington, sebaliknya bagi menangkis ancaman baru dari timur dan selatan sekali gus. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini