Tindakan Erdogan 'Rosakkan' Hubungan EU-Turki: Canselor Merkel

Tindakan Erdogan 'Rosakkan' Hubungan EU-Turki: Canselor Merkel

Canselor Jerman, Angela Merkel meluahkan kebimbangannya berhubung langkah-langkah yang diambil oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan yang menurut beliau telah merosakkan hubungan di antara Turki dan Kesatuan Eropah (EU).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Canselor Jerman, Angela Merkel meluahkan kebimbangannya berhubung langkah-langkah yang diambil oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan yang menurut beliau telah merosakkan hubungan di antara Turki dan Kesatuan Eropah (EU).

"Perkembangan sepanjang beberapa minggu lepas telah merosakkan hubungan Jerman-Turki dan hubungan EU-Turki dengan teruk sekali," kata Merkel yang berucap di parlimen negara itu di Berlin.

Belaiu turut menuduh Turki menahan para wartawan termasuk Deniz Yucel -seorang wartawan yang memegang kewarganegaraan Turki dan Jerman- tanpa bersandarkan alasan yang kukuh. Deniz yang bekerja dengan surat khabar Die Welt ditahan pada Februari lepas di bawah pertuduhan menyebarkan propaganda pengganas.

Canselor Jerman itu turut menambah dengan mengatakan bahawa penahanan dan layanan Ankara ke atas wartawan itu tidak selari dengan sifat sebuah negara berperlembagaan.

Merkel turut menyifatkan bahawa pungutan suara yang baharu berlangsung di Turki sebelum telah dianjurkan di bawah keadaan berat sebelah. Referendum itu menyaksikan usul Erdogan dalam memperkukuhkan kuasa presiden di negara hanya meraih majoriti yang sangat kecil sekaligus menunjukkan bahawa warga Turki itu berbelah bahagi dalam menanggapi usul tersebut.

Pada 16 April lepas, kempen 'Ya' Erdogan meraih 51.38 peratus undi sementara kempen 'Tidak' meraih 48.64 peratus yang lain. Erdogan dengan pantas mengisytiharkan kemenangannya di sebalik protes daripada pihak pembangkang yang mendakwa bahawa proses pungutan suara itu memiliki banyak kecacatan.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky