Tindakan Kiev Memotong Bekalan Elektrik Ke Lugansk Adalah Langkah 'Penolakan Mereka Ke Atas Wilayahnya Sendiri'

Tindakan Kiev Memotong Bekalan Elektrik Ke Lugansk Adalah Langkah 'Penolakan Mereka Ke Atas Wilayahnya Sendiri'

Keputusan Ukraine untuk memotong bekalan tenaga elektrik ke Republik Rakyat Lugansk adalah satu lagi langkah penolakan Kiev terhadap wilayah tersebut sekaligus berlawanan dengan persefahaman yang wujud di dalam perjanjian Minsk, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov pada hari Selasa. Dia turut mengatakan bahawa Moscow sedang bertungkus-lumus untuk mengurangkan krisis kemanusiaan yang wujud di wilayah-wilyah timur Ukraine itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Keputusan Ukraine untuk memotong bekalan tenaga elektrik ke Republik Rakyat Lugansk adalah satu lagi langkah penolakan Kiev terhadap wilayah tersebut sekaligus berlawanan dengan persefahaman yang wujud di dalam perjanjian Minsk, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov pada hari Selasa. Dia turut mengatakan bahawa Moscow sedang bertungkus-lumus untuk mengurangkan krisis kemanusiaan yang wujud di wilayah-wilyah timur Ukraine itu.

"Pemotongan bekalan tenaga kepada wilayah Lugansk adalah sebuah lagi langkah yang diambil Ukraine dalam menolak wilayah-wilayahnya. Langkah ini berlawanan dengan semangat yang wujud di dalam perjanjian Minsk sekaligus tidak mendorong kita dalam mengimplementasikan perjanjian itu," kata Peskov.

Kiev menuduh pihak berkuasa Lugansk gagal dalam melunaskan bil elektrik sebanyak hryvnias 2.6 bilion (USD 97.6 juta) sekaligus memaksa mereka untuk menghentikan bekalan elektrik ke wilayah itu.

Pemimpin wilayah itu berkata bahawa tindakan itu tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas wilayah itu kerana mereka dengan pantas telah berpaling kepada Rusia untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan.

Ketergantungan wilayah itu ke atas bekalan kuasa dari Moscow hanya akan meregangkan hubungan mereka dengan Kiev yang sebelum ini menggantung sebarang bentuk perdagangan kargo dengan wilayah yang dikuasai pemisah.

Pada Februari 2015, Kiev dan pasukan pemisah telah menandatangani perjanjian damai di ibu kota Belarus, Minsk. Perjanjian itu merangkumi gencatan senjata sepenuhnya, penarikan balik senjata dari garisan pertembungan dan perubahan perlembagaan yang akan membolehkan Republik Dontesk dan Lugansk mendapat status yang khas.

Perjanjian yang ditaja oleh Normandy Four States (4 negara Normady yang terdiri daripada Jerman, Perancis, Rusia dan Ukraine), gencatan senjata itu seringkali dicabuli dan kedua-dua pihak bertelagah sering menyalahkan satu sama lain.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky