Tindakan Menghalang Usul Rusia Kepada OPCW Bertujuan Untuk Mempromosikan Idea Perubahan Rejim

Tindakan Menghalang Usul Rusia Kepada OPCW Bertujuan Untuk Mempromosikan Idea Perubahan Rejim

Menteri Luar Negara Rusia, Sergei Lavrov, berkata bahawa tindakan Barat yang menghalang usul negara itu di Pertubuhan berhubung Pelarangan Senjata Kimia (OPCW) untuk mengarahkan badan itu memulakan siasatan ke atas serangan kimia di Khan Shaykhun, Idlib adalah sebuah usaha untuk mengalihkan pandangan pihak terbabit kepada idea 'perubahan rejim.'

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Negara Rusia, Sergei Lavrov, berkata bahawa tindakan Barat yang menghalang usul negara itu di Pertubuhan berhubung Pelarangan Senjata Kimia (OPCW) untuk mengarahkan badan itu memulakan siasatan ke atas serangan kimia di Khan Shaykhun, Idlib adalah sebuah usaha untuk mengalihkan pandangan pihak terbabit kepada idea 'perubahan rejim.'

"Semalam, usul bersama kami bahawa pakar OPCW perlu melawat kawasan berkaitan serangan kimia yang berlaku di Syria telah dihalang oleh delegasi negara-negara Barat tanpa memberikan alasan yang jelas. Perkara ini menunjukkan ketidakcekapan sahabat kami dari Barat yang secara amnya boleh dianggap telah menghalang OPCW daripada menghantar para pakar mereka ke kawasan insiden dan di pangkalan udara di mana menurut dakwaan, pesawat yang terlibat telah dilengkapkan dengan senjata kimia sebelum berlepas," kata Lavrov pada hari Jumaat di dalam mesyuarat bersama dengan Menteri Luar China.

Lavrov juga turut menekankan bahawa tiada sebarang maklum balas dari London dan Paris berhubung permintaan Rusia untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung dakwaan mereka.

Menteri luar itu turut menambah dengan mengatakan bahawa terdapat kemungkinan bahawa penyebaran maklumat salah berhubung penggunaan senjata kimia oleh kerajaan Damsyik telah dibuat secara sengaja untuk mengalihkan perhatian semua pihak daripada menguatkuasakan resolusi 2254 yang menekankan tentang penyelesaian politik dan menghentikan konsep perubahan rejim yang sudah kerap digunakan selama ini.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini