Turki Tahan 1,000 Orang Lagi Berhubung Kudeta 2016

Turki Tahan 1,000 Orang Lagi Berhubung Kudeta 2016

Kerajaan Turki pada semalam menahan lebih daripada 1,000 orang suspek di dalam sebuah operasi besar-besaran yang terkini ke atas penyokong ulama yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Turki pada semalam menahan lebih daripada 1,000 orang suspek di dalam sebuah operasi besar-besaran yang terkini ke atas penyokong ulama yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen.

Penahanan yang dibuat pada hari Rabu itu mencatatkan antara angka yang tertinggi dalam beberapa bulan selepas cubaan rampasan kuasa pada Julai tahun lepas digagalkan.

Menurut laporan, arahan penahanan dikeluarkan bagi 1,000 orang suspek yang kemudiannya ditahan di keseluruhan 81 buah wilayah di negara itu.

Selepas cubaan rampasan kuasa Julai tahun lepas menemui kegagalan, pihak berkuasa Turki telahpun menahan sekitar 40,000 orang dan memecat sekitar 120,000 yang lain daripada pelbagai lapangan pekerjaan termasuk polis, tentera, guru, penjawat awam dan lain-lain.

Penahanan itu dibuat sepuluh hari selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan memenangi sebuah pungutan suara yang akan membenarkannya untuk melanjutkan pemerintahan beliau di negara anggota NATO itu.

Pungutan suara yang penuh kontroversi itu menyaksikan warga Turki berbelah-bahagi berhubung perkara itu dengan pihak yang menyokongnya mengatakan bahawa tindakan memperkukuhkan kuasa presiden akan mengelakkan ketidakstabilan yang mungkin timbul berikutan kewujudan kerajaan campuran.

Menurut mereka, Turki yang sedang berhadapan dengan bahaya keganasan perlu perlukan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat.

Mereka yang menentang usul referendum itu pula mengatakan bahawa tindakan memperluaskan kuasa presiden akan menddedahkan demokrasi di Turki kepada risiko diktatorisme.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky