U.K Buat Untung Daripada Penderitaan Warga Yaman: HRW

U.K Buat Untung Daripada Penderitaan Warga Yaman: HRW

Human Rights Watch (HRW) berkata bahawa United Kingdom membuat keuntungan daripada penderitaan warga awam Yaman melalui penjualan senjata mereka kepada rejim Riyadh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Human Rights Watch (HRW) berkata bahawa United Kingdom membuat keuntungan daripada penderitaan warga awam Yaman melalui penjualan senjata mereka kepada rejim Riyadh.

Badan hak asasi manusia itu membuat kenyataan tersebut pada hari Selasa selepas Mahkamah Tinggi U.K membuat keputusan bahawa penjualan senjata Britain kepada Riyadh adalah sah menurut undang-undang.

HRW yang menganggap keputusan itu sebagai sebuah berita buruk buat warga Yaman meluahkan kekecewaan mereka berhubung keputusan mahkamah yang gagal menekan rejim Riyadh untuk menghentikan serangan mereka ke atas negara Yaman.

Pertubuhan itu sendiri telah mengesan sebanyak 81 buah serangan tidak sah rejim Riyadh ke atas negara Arab Yaman. Kesemua serangan itu tidak sah dari aspek perundangan kerana menyasarkan sekolah, pasar awam, hospital dan rumah milik warga awam.

Arab Saudi dan pakatan pimpinan Riyadh memulakan kempen ketenteraan mereka ke atas Yaman pada Mac 2015. Riyadh berusaha untuk mengembalikan kuasa kepada bekas Presiden Yaman yang merupakan sekutu kuat keluarga pemerintah Arab Saudi. Peranng itu setakat ini membunuh 12,000 warga awam yang tidak bersalah di negara Arab miskin itu.

Perdana Menteri Britain, Theresa May baru-baru ini telah memberikan lampu hijau kepada pembekal untuk menjual senjata bernilai 3.5 bilion Pound Sterling kepada rejim Riyadh yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang sangat meragukan.

Yaman kini bergelut dengan masalah kebuluran dan taun. Lebih daripada 300,000 kes taun dikesan di negara itu sejak penyakit itu dikesan pada April tahun ini.

Pertubuhan antarabangsa termasuk PBB dan Palang Merah berkata bahawa perang Arab Saudi dan sekatan ke atas Yaman adalah punca kepada penyebaran epidemik tersebut. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky