Ukraine Potong Bekalan Elektrik Ke Wilayah Yang Dikuasai Pemberontak

Ukraine Potong Bekalan Elektrik Ke Wilayah Yang Dikuasai Pemberontak

Ukraine pada hari Selasa memotong bekalan elektrik ke wilayah Lugansk yang dikawal oleh kumpulan pemberontak. Tindakan itu diambil Kiev berikutan dakwaan mereka bahawa wilayah itu gagal melunaskan bil mereka sekaligus memperkuatkan keterikatan wilayah pemberontak itu kepada Moscow.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ukraine pada hari Selasa memotong bekalan elektrik ke wilayah Lugansk yang dikawal oleh kumpulan pemberontak. Tindakan itu diambil Kiev berikutan dakwaan mereka bahawa wilayah itu gagal melunaskan bil mereka sekaligus memperkuatkan keterikatan wilayah pemberontak itu kepada Moscow.

Pemimpin wilayah itu berkata bahawa tindakan itu tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas wilayah itu kerana mereka dengan pantas telah berpaling kepada Rusia untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan.

Kiev menuduh pihak berkuasa Lugansk gagal dalam melunaskan bil elektrik sebanyak hryvnias 2.6 bilion (USD 97.6 juta).

Sebahagian daripada wilayah Lugansk dan wilayah jirannya yang lebih besar, Donetsk berjaya dipertahankan oleh pemberontak pada tahun 2014 dalam apa yang dianggap oleh kuasa Barat sebagai pertempuran di antara tentera yang setia kepada kerajaan Kiev dengan kumpulan pemberontak tempatan yang dibantu oleh pejuang Rusia.

Kempen Ukraine untuk mengekalkan kedua-dua wilayah itu di bawah pengaruh Kiev gagal meraih kejayaan yang diinginkan dan menyebabkan sekitar 10.000 nyawa terkorban. Konflik itu turut mengakibatkan hubungan di antara Moscow dan kuasa Barat merudum.

Ketergantungan wilayah itu ke atas bekalan kuasa dari Moscow hanya akan meregangkan hubungan mereka dengan Kiev yang sebelum ini menggantung sebarang bentuk perdagangan kargo dengan wilayah yang dikuasai pemisah.

Timur Ukraine yang menyaksikan kebangkitan puak pemisah menempatkan sekitar 4 juta penduduk iaitu sekitar satu persepuluh daripada jumlah warga Ukraine secara keseluruhan.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky