?>
Komuniti Ulama Bahrain:

Boikot golongan normalisasi dengan Zionis

Boikot golongan normalisasi dengan Zionis

Komuniti Ulama Bahrain menganjurkan boikot terhadap golongan yang cuba menormalisasi hubungan dengan Israel

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) – Persatuan ulama Bahrain dalam satu pernyataan menyebut bahawa pengkhianat dan ejen-ejennya membuka jalan kepada pihak musuh dengan menjual hasil yang dicuri daripada tanah milik umat dan menimbulkan kekacauan di negara Islam serta tanah airnya.

 

Para ulama Bahrain melancarkan boikot terhadap golongan yang bersekongkol dengan Zionis penjajah, sambil menegaskan bahawa perkara ini adalah perbuatan paling minimum harus dilakukan oleh umat Islam demi agama mereka, tanah yang dirampas dan maruah mereka, sekurang-kurangnya kesetiaan terhadap darah anak-anak, wanita dan lelaki yang ditumpah, rumah yang musnah, dan mereka yang dihalau dari kediaman serta harta benda mereka yang dirampas.

 

Dalam sebuah pernyataan, komuniti ulama Bahrain menyebut pengkhianat dan ejen-ejennya menyediakan persiapan untuk merealisasikan impian mereka yang diduga untuk mewujudkan keadaan pencerobohan dan jenayah dari laut ke sungai. Komuniti itu berkata, “Dosa dan pencerobohan manakah lebih besar daripada seorang Muslim menolong musuh jahatnya untuk membunuh rakyat, menjarah tanah airnya, menodai kesuciannya, dan pengkhianatan apa lebih besar daripada pengkhianatan terhadap bangsa?"

 

Komuniti Ulama menekankan dalam pernyataan itu kepada rakyat bahawa siapa pun yang berurusan dan menormalkan hubungan dengan Zionis, samaada parti atau individu, itu bukan daripada golongan kita atau kita dari golongannya, umat Islam harus memboikotnya supaya menjadi teladan bagi semua yang diminta untuk mengkhianati dan bersekongkol dengan musuh. Pernyataan juga mengajak umat Islam memboikot Bank Negara Bahrain dan syarikat yang secara terbuka menjadi pengkhianat melalui normalisasi dengan Zionis.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini