?>

Bom Berantai Tentera Pakatan Arab Saudi Bunuh 4 Kanak-Kanak Yaman

Bom Berantai Tentera Pakatan Arab Saudi Bunuh 4 Kanak-Kanak Yaman

Empat kanak-kanak terkorban manakala dua yang lain dilaporkan mengalami kecederaan akibat bom berangkai yang dijatuhkan oleh pesawat tentera pakatan pimpinan Arab Saudi di kawasan perumahan yang terletak di wilayah tengah Ma'rib, Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Empat kanak-kanak terkorban manakala dua yang lain dilaporkan mengalami kecederaan akibat bom berangkai yang dijatuhkan oleh pesawat tentera pakatan pimpinan Arab Saudi di kawasan perumahan yang terletak di wilayah tengah Ma'rib, Yaman.

Rangkaian televisyen berbahasa Arab, al-Masirah yang memetik sumber tempatan, melaporkan bahawa letupan itu berlaku di kampung al-Hazm, yang terletak di daerah Harib al-Qaramish, pada hari Selasa.

Sebelum itu, pada 11 Jun, Kementerian Hak Asasi Manusia Yaman, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita SABA, memberi peringatan kepada warga negara Arab tersebut tentang bahaya bom berantai ke atas warga awam, terutamanya wanita dan anak-anak.

Kenyataan itu menambah bahawa pakatan pimpinan Riyadh telah menggunakan ribuan bom berantai di kawasan perumahan sekaligus menyebabkan kematian dan kecederaan banyak orang awam. -Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*