?>
Bahrain;

Demo Jumaat ke-lima apabila puluhan tahanan terus disembunyikan

Demo Jumaat ke-lima apabila puluhan tahanan terus disembunyikan

Pasukan politik dan aktivis pembangkang menyeru agar demo diteruskan demi kesetiakawanan dengan tahanan politik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tunjuk perasaan terus diadakan di seluruh pelusuk bandar dan kampung di Bahrain, sebagai kesetiakawanan bersama tahanan penjara apabila pihak berkuasa terus menyembunyikan puluhan rakyatnya secara paksa.

Pasukan politik dan aktivis pembangkang menyeru agar demo diteruskan setiap minggu bagi menyatakan kesatuan hati bersama tahanan politik sehinggalah mereka ini dibebaskan terutama sekali selepas wabaknya virus Corona Covid-19 tersebar di penjara.

Beberapa minggu terakhir ini, beberapa wilayah di Bahrain menyaksikan demonstrasi yang mencabar tindakan keras pasukan keselamatan dalam usaha menekan rejim membebaskan tahanan yang tidak bersalah.

Kerajaan juga dilihat cuai dalam penjagaan kesihatan di penjara dan sengaja mengabaikan sehingga membahayakan nyawa tahanan.

Kebimbangan ini meningkat setelah kematian tahanan politik "Abbas Mal Allah" di "Penjara Jaw" pada hari Selasa, 6 April.

Amnesty International turut menyuarakan keprihatinannya terhadap halangan komunikasi antara tahanan di Penjara Pusat Jaw dan keluarga mereka di Bahrain selama hampir empat minggu.

Dalam rangkaian tweet di akaun Twitter organisasi tersebut turut mengakui halangan komunikasi antara tahanan di bangunan 12, 13 dan 14 di Penjara Jaw dan keluarga mereka selama hampir empat minggu.

Ini terjadi setelah wabah Corona Covid 19 yang baru muncul di penjara, dan tercetusnya keganasan antara pengawal dan beberapa tahanan.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*