?>

Dr. Jalaluddin Rahmat, kembali ke Rahmatullah

Dr. Jalaluddin Rahmat, kembali ke Rahmatullah

Dr. Jalaluddin Rahmat, Ketua Dewan Syura Ahlul Bait (IJABI) Indonesia dan bekas anggota parlimen, menyahut panggilan Tuhan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) – Telah berpindah ke alam yang baqa, dari alam yang fana, Dr, Jalaludin Rakhmat yang merupakan Ketua Dewan Syura Ikatan Jemaah Ahlul Bait Indonesia (IJABI) pada 15 Februari 2021, ketika usia 71 tahun, setelah seminggu lamanya menderita akibat penyakit korona, di Rumah Sakit Santosa Bandung, lebih kurang pukul 15:23 WIB.

Almarhum Dr. Jalaluddin Rakhmat, angota Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) juga salah seorang pengasas IJABI di Indonesia yang dipengerusikannya, dan mempunyai cawangan aktif di sebagian besar wilayah kepulauan Republik Indonesia.

Beliau seorang professor terkemuka dan dianggap sebagai tokoh popular yang sederhana di kalangan umat Islam di negara ini.

Kiyai Haji Jalaludin Rakhmat lahir di Bandung, Jawa Barat, 29 Ogos 1949. Beliau tersohor sebagai cendekiawan yang mengajar di Universitas Padjadjaran sebelum berkecimpung dalam dunia politik. Setelah meraih gelaran master bidang ilmu komunikasi dari Iowa State University di Amerika Syarikat, beliau dianugerahkan gelaran kedoktoran di UIN Alauddin Makassar. Beliau mulai menjalani kerjayanya sebagai pensyarah di Universitas Padjadaran dari tahun 1978 sehingga pencen pada 2013.

Dalam dunia politik Kang Jalal (panggilan mesranya) bergabung dengan Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan. Alasannya, karena PDI Perjuangan konsisten membela kaum minoriti. Akhirnya beliau sempat menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia 2014-2019 di Komisi VIII (agama dan sosial).

Isteri beliau juga meninggal dunia beberapa hari yang lalu kerana diserang penyakit yang sama (Covid-19).


..................

177


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini