?>

Dua roket gegar Pangkalan Udara Balad, utara Baghdad

Dua roket gegar Pangkalan Udara Balad, utara Baghdad

Dua roket menjunam di pengkalan udara Balad, tiada pihak mengaku bertanggung jawab.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Dua roket mendarat di pangkalan udara Balad, yang menempatkan tentera asing, di utara ibu kota Iraq, Baghdad. Insiden ini mencederakan dua orang.

Sumber keselamatan kelmarin, Ahad mengatakan bahawa beberapa peluru berpandu telah disasarkan di Pangkalan Udara Balad di Gabenor Salah al-Din, Iraq.

Jenis peluru yang digunakan dalam serangan ialah roket Katyusha.

Sebaliknya, komandan Pangkalan Udara Balad, Mejar Jeneral Juruterbang Zia Mohsen, mengumumkan hari kelmarin, bahawa dua unit pasukan keselamatan cedera akibat dua peluru berpandu jatuh di dalam pangkalan.

Mohsen memberi penjelasan dalam satu kenyataan kepada Agensi Berita Iraq bahawa "pangkalan udara Balad dihujani dua peluru berpandu yang mendarat di dalam pangkalan," sambil menegaskan "pengeboman itu mengakibatkan cedera dua pasukan keselamatan."

Beliau menambahkan, "Salah seorang mendapat cedera parah, sementara yang lain cedera ringan," Tambah beliau, "Pengeboman itu tidak menyebabkan kerosakan material di dalam pangkalan, dan roket-roket itu mendarat di atas tanah dalam pangkalan."

------------------

177

 


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*